Pengikut

Imam Hadith

Imam-imam hadith:
  • Imam Muslim

    Nama beliau ia Muslim bin Hadjjaj bin Muslim Al Qusairy An Naisaburi , dilahirkan pada tahun 206 H di Naisabur. Beliau belajar di negerinya sendiri dan kemudian merantau keluar negeri memperluaskan ilmunya . Dalam usia sepuluh tahun beliau telah menghafal ribuan hadis dan sanadnya.

    Antara gurunya ialah : Qutaibah bin Said, Ahmad b Hanbal (Iraq) Abu Bakar dan Usman bin Syaibah, Syaiban bin Farrukh, Harmalah nin Yahya sahabat Imam Shafie (di Mesir) , Said bin Manshur (di Hijjaz)

  • Imam Bukhari

    Nama beliau ialah Muhammad , anaknya bernama Abdullah. Oleh itu ia digelar Abu Abdullah. Ayah beliau Ismail yang digelar Abul Hasan. Tempat kelahiran beliau ialah disebuah desa Bukhara yang dahulunya ditakluki oleh Soviet. Sejak kecil beliau hafal Quran dan suka mendengar hadith. Belum sampai umur baligh beliau dapat menghafal dengan lancar puluhan ribu hadith. Setelah beliau matang dan memiliki ilmu dan kemampuan yang diperlukan ,beliau mula menyaringkan hadith. Beliau kemudian mengumpulkan hadith yang telah disaringkan dalam sebuah kitab yang dinamakan "Al Jaami'ush Shahih" yang membuatkan 600,000 hadith Beliau meninggal dunia di Madinah pada 1138 dan dikebumikan di Baqi. Imam Bukhari pernah berkata : "Kutulis kitab ini dari 1080 orang dan diantara mereka itu sama sekali tiada seorangpun, melainkan ia adalah ahkli hadis dan semuanya mengatakan bahawa iman itu adalah kata dan perbuatan, dapat bertambah dan dapat pula berkurang. Kalu aku hendak meletakkan atu menulis sebuah hadith sahaja dalam kitab 'Sahih', maka sebelum aku memegang pena aku mandi dulu , kemudian bersembahyang dua rakaat".

  • Imam At-Tirmizi - Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Isa bin Surah dan gelarannya Abu Isa. 
  • Imam Ibnu Majah
  • Nasai
  • Abu Daud

     Nama sebenarnya ialah Sulaiman bin al-Asy'ath al-Azdi al-Sijistani. Beliau bangsa Arab dari al-Azd. Al-Sijistani merupakan nisbah kepada Sijistan. Beliau dilahirkan pada tahun 202 Hijrah. Beliau mem-pelajari ilmu pengetahuan daripada ulama dalam negerinya. Seterusnya beliau menjelajah ke beberapa buah negeri untuk mendapatkan hadith dan juga untuk mempelajari ulum al-hadith. Negeri yang dijelajahrtya ialah Iraq, Jazirah, Syam, dan Mesir. Beliau juga telah mengunjungi Baghdad beberapa kali sebelum meninggal dunia pada tahun 275 Hijrah. Karangannya yang ter-kemuka ialah Sunan yang dikenali sebagai Sunan Abi Daud. Beliau meriwayatkan Sunan ini di negeri-negeri yang dijelajah, dan penduduknya telah mengambil hadith-hadith tersebut daripadanya. Beliau juga pernah membentangkan hadith-hadithnya kepada Ahmad.25 Abu Daud merupakan murid kepada Ahmad dan Yahya bin Matin, manakala al-Nasa'i dan al-Tarmizi merupakan muridnya. Ibn Hibban pernah menegaskan: "Abu Daud adalah antara ulama agung dunia dari sudut kefahaman, keilmuan, hafalan, peribadatan, kewarakan dan kemantapan." Sunan ini mendapat pujian daripada para ulama. Al-Khitabi menegaskan dengan katanya: "Ia mempunyai sistem penyusunan yang lebih baik dan kefahaman yang lebih luas berbanding dengan kedua-dua kitab sahih." Beliau berkata "Kitab Sunan Abu Daud merupakan kitab yang mulia; tidak pernah disusun dalam bidang agama sebuah kitab yang setanding dengannya." A1-Ghazali pula menegaskan dengan katanya: "Bahawasanya ia mencukupi bagi mujtahid untuk dijadikannya sebagai bahan rujukan dalam bidang hadith hukum." Ibn al-Arabi juga pernah menegaskan dengan katanya: "Kalau seseorang lelaki tidak mempunyai sesuatu daripada kitab ilmu melainkan mashaf yang mengandungi kalam Allah Taala kemudian kitab Abu Daud, sudah pasti dia tidak perlu bersama kedua-duanya kepada suatu ilmu yang lain." Sunan Abu Daud mengandungi 4800 buah hadith, yang dipilih daripada 500 000 hadith. Imam Abu Daud memberi perhatian yang lebih kepada kefahaman hadith berbanding dengan perhatian yang diberikan kepada sanad. Beliau mempunyai tujuan untuk mengumpul hadith bagi menjadi dalil kepada para fukaha. Hadith yang terkandung dalam Szinan Abu Daud ini, ada yang sahih, hasan dan daif, terhenti kepada sanad bagi hadith-hadith tersebut.
  • Ahmad