Pengikut

Jumaat, 22 April 2011

Bab perintah zakat


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ مُعَاذًا قَالَ
 بَعَثَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَ إِنَّكَ تَأْتِي قَوْمًا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ
 فَادْعُهُمْ إِلَى شَهَادَةِ أَنْ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ
فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ
 أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ
 فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ
فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ
فَتُرَدُّ فِي فُقَرَائِهِمْ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ
فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ
فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ
Dari Mu'az  r.a. katanya :
"Saya diutus oleh Rasulullah s.a.w. dengan wasiat katanya :
"Anda akan mendatangi kaum ahli kitab, ajaklah mereka itu kepada
dua kalimah syahadah; jika mereka itu menurut, maka
sampaikan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan
sembahyang lima kali sehari semalam; jika mereka telah menurut
sampaikan pula bahawa Allah mewajibkan pengeluaran
zakat yang dipungut dari kaum hartawan, kemudian
diberikan kepada fakir miskin; jika mereka telah patuh
tentang ini, maka hindarilah pemungutan yang terbaik dari
harta mereka dan hendaklah anda memelihara diri dari
kutukan orang yang teraniaya, kerana doa mereka itu
sangat makbul."
Hadis sahih riwayat Muslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan