Pengikut

Isnin, 2 Mei 2011

Bab 4 perkara yang dituntut dan 4 yang dilarang


عَنْ حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ حَدَّثَنَا أَبُو جَمْرَةَ قَالَ
 سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ
 قَدِمَ وَفْدُ عَبْدِ الْقَيْسِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ هَذَا الْحَيَّ مِنْ رَبِيعَةَ قَدْ حَالَتْ بَيْنَنَا
 وَبَيْنَكَ كُفَّارُ مُضَرَ وَلَسْنَا نَخْلُصُ إِلَيْكَ اِلاَّ فِي الشَّهْرِ الْحَرَامِ
 فَمُرْنَا بِشَيْءٍ نَأْخُذُهُ عَنْكَ وَنَدْعُو إِلَيْهِ مَنْ وَرَاءَنَا
 قَالَ آمُرُكُمْ بِأَرْبَعٍ وَأَنْهَاكُمْ عَنْ أَرْبَعٍ الْإِيمَانِ بِاللَّهِ
وَشَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ وَعَقَدَ بِيَدِهِ هَكَذَا
وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَأَنْ تُؤَدُّوا خُمُسَ مَا غَنِمْتُمْ
وَأَنْهَاكُمْ عَنْ الدُّبَّاءِ وَالْحَنْتَمِ وَالنَّقِيرِ وَالْمُزَفَّتِ
Dari Hammad bin Zaid berkata : "Kami diberitahu oleh Abu Jamrah katanya:
"Aku mendengar Ibnu Abbas r.a. berkata:
"Ada tamu datang kepada Nabi s.a.w. iaitu Abdul Qais yakni ketua dari
satu kabilah dan ia datang bersama-sama beberapa anak buahnya.
Mereka lalu berkata:
"Ya Rasulullah ! sesungguhnya kabila kita ini antara tempat kita dengan
tempat anda terhalang oleh kaum kafir dari kabilah Mudlar.
Jadi kita sukar untuk mendatangi tempat anda sewaktu-waktu
Kita tidak dapat sampai kemari kepada anda melainkan dalam bulan suci
Oleh sebab itu berikanlah kita semua perintah perihal sesuatu
yang dapat kita terima pada saat ini dan dapat pula kita mengajak
orang-orang dibelakang kita( orang yang tidak ikut menghadap
serta orang-orang yang sesudah kita meninggal dunia)
Sabda Nabi s.a.w. :
"Aku perintahkan kamu empat perkara dan melarang kamu
empat perkara, beriman kepada Allah iaitu
bersaksikan tiada tuhan melainkan Allah dan beliau s.a.w.
menyimpulkan tangannya demikian, (tangan kanan digengam
lalu dibuka satu persatu). (Seterusnya Nabi s.a.w. berkata : )
"Aku juga memerintahkan kamu mendirikan solat dan menunaikan zakat
dan supaya kamu memberikan seperlima dari harta rampasan yang
kamu peroleh untuk kepentingan Islam. Mengenai yang ku larang
ialah duba' hantam, naqir dan muzaffat."
Hadis sahih riwayat Bukhari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan