بَاب إِثْمِ مَانِعِ الزَّكَاةِ وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَذَا مَا كَنَزْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْنِزُونَ |
Firman Allah Taala Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan enggan menafkahkannya untuk kepentingan agama Allah (yakni tidak dipergunakan untuk kebaikan bersama serta tidak mengeluarkan zakat) maka beritakanlah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih. Pada hari itu semua yakni emas dan perak tadi dibakar dineraka Jahanam, lalu diseterikalah dengan harta simpanannya dahi, rusuk dan punggung-punggung meeka. Kerana mereka itu dikatakanlah, "Inilah yang kamu simpan untuk dirimu sendiri sewaktu didunia dahulu. Maka dari itu rasakanlah olehmu semua siksa ini sebagai akibat dari segala sesuatu yang kamu semua simpan dulu" |
حَدَّثَنَا الْحَكَمُ بْنُ نَافِعٍ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ حَدَّثَنَا أَبُو الزِّنَادِ أَنَّ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ هُرْمُزَ الْأَعْرَجَ حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَأْتِي الْإِبِلُ عَلَى صَاحِبِهَا عَلَى خَيْرِ مَا كَانَتْ إِذَا هُوَ لَمْ يُعْطِ فِيهَا حَقَّهَا تَطَؤُهُ بِأَخْفَافِهَا وَتَأْتِي الْغَنَمُ عَلَى صَاحِبِهَا عَلَى خَيْرِ مَا كَانَتْ إِذَا لَمْ يُعْطِ فِيهَا حَقَّهَا تَطَؤُهُ بِأَظْلَافِهَا وَتَنْطَحُهُ بِقُرُونِهَا وَقَالَ وَمِنْ حَقِّهَا أَنْ تُحْلَبَ عَلَى الْمَاءِ قَالَ وَلاَ يَأْتِي أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِشَاةٍ يَحْمِلُهَا عَلَى رَقَبَتِهِ لَهَا يُعَارٌ فَيَقُولُ يَا مُحَمَّدُ فَأَقُولُ لاَ أَمْلِكُ لَكَ شَيْئًا قَدْ بَلَّغْتُ وَلاَ يَأْتِي بِبَعِيرٍ يَحْمِلُهُ عَلَى رَقَبَتِهِ لَهُ رُغَاءٌ فَيَقُولُ يَا مُحَمَّدُ فَأَقُولُ لاَ أَمْلِكُ لَكَ مِنْ اللَّهِ شَيْئًا قَدْ بَلَّغْتُ |
Dari Abu Zanad bahawasanya Abdurrahman bin Hurmuz A'raj |
memeberitahu kepadanya , ia mendengan Abu Hurairah r.a. berkata Nabi s.a.w. bersabda : |
"Unta ini akan datang pada orang yang memilikinya yakni pada hari kiamat |
dan unta tadi yang tidak dikeluarkan zakat dalam keadaan sebaik-baiknya. Jadi sekalipun waktu didunia kurus dan jelek tetapi diakhirat diubah menjadi gemuk danbaik. Oleh sebab haknya tidak dipenuhi lalu sebagai siksaannya ialah bahawa orang yang tidak mengeluarkan zakat wajibnya akan dipijak-pijak oleh unta tadi dengan kuku-kuku yang ada dikakinya dan demikian pula halnya dengan kambing, kambing-kambing itu akan datang kepada orang yang memilikinya dalam keadaan yang baik, apabila sewaktu di dunia tidak diberikan haknya yakni zakat yang wajib. Pemiliknya akan dipijak-pijak dengan kuku-kuku kakinya dan ditanduk dengan tanduknya |
Nabi s.a.w. meneruskan sabdanya : |
"Di antara haknya binatang-binatang tersebut ialah supaya diperah susunya di dekat air" |
(maksudnya ialah agar susunya itu dapat diberikan kepada kaum fakir miskin, sebab |
ditempat-tempat air itu mereka jadikan tempat berkumpul dan memang begitulah keadaannya) |
Nabi s.a.w. bersabda lagi: |
"Pada hari kiamat nanti, janganlah hendaknya ada seorangpun di antara kamu semua dari golongan kaum muslimin yang datang kepada ku dengan memikul kambing dilehernya lalau kambing itu terus menerus meraung (mengembik keras-keras) kemudian berkata kepadaku : "Hai Muhammad" (dengan tujuan meminto pertolongan kepadaku sebagai Nabi) Aku pun berkata : "tiada sesuatu kuasaan sedikitpun yang kupunyai untuk memberikan pertolongan kepadamu. Aku benar-benar telah menyampaikan akan ada peristiwa ini kepada sesiapa pun jua. Begitulah juga janganlah ada di antara kamu semua yang datang dengan memikul unta dilekernya, lalu unta itu terus menerus maraung, kemudian berkata kepadaku: "Hai Muhammad". Aku menjawab : "tidak sesuatu kekuasaan sedikitpun yang ku punyai untuk memberikan pertolongan kepadamu. Aku telah benar-benar menyampaikan akan peristiwa ini kepada sesiapapun juag |
Hadis sahih riwayat Bukhari |
Selasa, 24 Mei 2011
Bab azab enggan berzakat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan