Pengikut

Rabu, 11 Mei 2011

Bab solat jenazah di kubur

عَنْ اَبِى رَافِعٍ عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ
اَنَّ رَجُلاُ اَسْوَدَ اَوْ اِمْرَاَةً سَوْدَاء
كَانَ يَقَمُّ الْمَسْجِدَ فَمَاتَ فَسَاَلَ
النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْهَ
فَقَالُوا مَاتَ قَالَ اَفَلا كُنْتُمْ اَذَنْتُمُنِى بِهِ
دُلَّونِى عَلَى قَبْرِهِ اَو قَالَ قَبْرَهَا
فَاَتَى قَبْرَهُ فَصَلَّى عَلَيْهَا
Dari Abu Rafi' dari Abu Hurairah r.a.
bahawasanya ada seorang lelaki hitam atau seorang perempuan
hitam yang perkerjaannya menyapu masjid, lalu ia meninggal dunia
Nabi s.a.w. bertanya mengenai orang itu. Orang ramai mengatakan
bahawa ia telah meninggal dunia. Beliau s.a.w. kemudian bersabda
"Mengapa kamu semua tidak memberitahukan kepadaku perihal
keadaan orang itu. Kini tunjukkanlah kepadaku dimana letak kuburnya
tukang sapu lelaki, atau menurut riwayat lain : kuburnya perempuan
tukang sapu itu. Beliau s.a.w. lalu mendatangi kuburnya kemudian
bersembahyang di atas kubur orang yang mati itu.
Hadis sahih riwayat Bukhari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan