عَنْ ابْنِ السَّاعِدِيِّ الْمَالِكِيِّ أَنَّهُ قَالَ
اسْتَعْمَلَنِي عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَلَى الصَّدَقَةِ فَلَمَّا فَرَغْتُ مِنْهَا وَأَدَّيْتُهَا إِلَيْهِ أَمَرَ لِي بِعُمَالَةٍ
فَقُلْتُ إِنَّمَا عَمِلْتُ لِلَّهِ وَأَجْرِي عَلَى اللَّهِ
فَقَالَ خُذْ مَا أُعْطِيتَ
فَإِنِّي عَمِلْتُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَعَمَّلَنِي فَقُلْتُ مِثْلَ قَوْلِكَ
فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أُعْطِيتَ شَيْئًا مِنْ غَيْرِ أَنْ تَسْأَلَ فَكُلْ وَتَصَدَّقْ
Dari Ibnu Sa'id Al Maliki r.a. katanya : "Umar bin Khattab r.a. menugaskan kepada saya mengumpulkan sedekah (zakat) Seletah selesai mengerjakannya dan telah saya serahkan kepada Umar. Dia menyuruh saya supaya menerima wang jasa petugas zakat. lalu saya menjawab : "Saya bekerja kerana Allah dan upah saya dari Allah" Umar berkata : "Ambillah apa yang diberikan kepada engkau, kerana saya pernah bekerja mengumpulkan zakat di masa Rasulullah s.a.w dan beliau memberikan wang jasa kepada saya, lalu saya mengucapkan serupa apa yang engkau ucapkan itu. Rasulullah s.a.w. mengatakan kepada saya: "Apabila engkau diberi sesuatu bukan disebabkan meminta makanlah dan sedekahkanlah!" Hadis sahih riwayat Muslim |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan