Abul Yaman berkata :
Kami diberitahu oleh Syu'aib dari Zuhri katanya:
"Kami diberitahu oleh Humaid bin Abdurrahman bahawa
Abu Hurairah r,a, berkata:
"Pada suatu ketika kita semua duduk-duduk disisi Nabi s.a.w.
lalu berkata : "Ya Rasulullah ! aku telah binasa yakni sengaja membuat bencana"
Beliau s.a.w. bertanya : "Mengapa anda dan apa yang terjadi atas diri anda?"
Orang itu berkata : "Aku menyetubuhi isteriku, sedang aku puasa"
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Adakah engkau dapat memperolehi atau memiliki seorang hamba
sahaya perempuan yang dapat engkau merdekakannya?"
Ia menjawab : "Tidak punnya (tidak mampu membeli hamba)
Nabi s.a.w. bersabda lagi:
"Adakah anda kuasa untuk berpuasa selama dua bulan berturut
yakni tidak pernah berbuka seharipun antara jarak dua bulan itu?"
Ia menjawab: "Tidak kuat aku melakukannya".
Beliau bersabda lagi :
"Apakah engkau dapat menemukan atau memiliki makanan untuk
enampuluh orang miskin".
Ia menjawab : "Tidak mempunyai itu"
Nabi s.a.w. kemudian berdiam diri. Disaat kita semua dalam
keadaan demikian, tiba-tiba disampaikan kepada Nabi s.a.w.
sebuah 'araq atau keranjang berisi kurma. 'Arak adalah sama
bentuknya dengan miktal. Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda:
"Manakah orang yang bertanya tadi?" orang itu berkata :
"Akulah orang itu".Beliau bersabda lagi :
"Ambil semua ini yakni kurma dengan wadahnya sekali lalu
bersedekahlah dengannya". Orang itu terus berkata pula:
"Apa wajib kusedekahkan kepada orang yang lebih fakir atau
lebih miskin dari pada aku sendiri? Ya Rasulullah
Demi Allah, tiada sesuatu keluargapun yang berada antara dua batas kota
yakni dua tempat yang berbatu-batu yang merupakan batas kota Madinah ini
terdapat suatu keluarga yang lebih fakir atau miskin daripada keluargaku
sendiri. Di waktu itu Nabi s.a.w. tertawa sehingga tampat jelas
beberapa gigi tarinnya - sebab heran sekali mendengar keterangan
sahabatnya yang amat miskin tadi - seterusnya beliau s.a.w. bersabda:
"Kalau demikian, berikanlah makanan itu keluargamu saja -
yakni isteri anda " |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan