عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَإِذَا أَدْخَلَ اللَّهُ
أَهْلَ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ وَأَهْلَ النَّارِ النَّارَ قَالَ أُتِيَ
بِالْمَوْتِ مُلَبَّبًا فَيُوقَفُ عَلَى السُّورِ بَيْنَ أَهْلِ الْجَنَّةِ
وَأَهْلِ النَّارِ ثُمَّ يُقَالُ يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ فَيَطَّلِعُونَ
خَائِفِينَ ثُمَّ يُقَالُ يَا أَهْلَ النَّارِ ف
يَطَّلِعُونَ
مُسْتَبْشِرِينَ يَرْجُونَ الشَّفَاعَةَ فَيُقَالُ لِأَهْلِ الْجَنَّةِ
وَأَهْلِ النَّارِ هَلْ تَعْرِفُونَ هَذَا فَيَقُولُونَ هَؤُلَاءِ
وَهَؤُلَاءِ قَدْ عَرَفْنَاهُ هُوَ الْمَوْتُ الَّذِي وُكِّلَ بِنَا
فَيُضْجَعُ فَيُذْبَحُ ذَبْحًا عَلَى السُّورِ الَّذِي بَيْنَ الْجَنَّةِ
وَالنَّارِ ثُمَّ يُقَالُ يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ خُلُودٌ لَا مَوْتَ وَيَا
أَهْلَ النَّارِ خُلُودٌ لَا مَوْتَ
Daripada Saidina Abu Hurairah r.a : Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : “ Apabila
Allah memasukkan ahli syurga ke dalam syuraga , dan ahli neraka ke
dalam neraka , maka dibawalah kematian itu di sempadan di antara syurga
dan neraka . Lalu dilaungkan seruan “ Wahai kesemua ahli syurga ! “,
maka mereka pun keluar menjenguk di dalam keadaan yang takut ( kerana
bimbang mereka akan dikeluarkan drp syurga yang telah menjadi kediaman
mereka ) . Kemudia diseru pula : “ Wahai kesemua ahli neraka ! “ , maka
kesemua ahli neraka pun menjenguk di dalam keadaan gembira ( kerana
berharap mereka akan dikeluarkan daripada neraka itu ) . – Lalu ditanya
mereka itu semua – “ Tahukah kamu semua apakah ini ? “ , mereka pun
menjawab : “ Ya ! kami memang sudah mengenali apakah itu , itulah dia
kematian yang pernah datang kepada kami semua “ . Kemudian , kematian
itu pun dibaringkan lalu disembelih di sempadan di antara syurga dan
neraka . Kemudian dilaungkan pula : “ Wahai kesemua ahli syurga ,
tinggallah kamu selama-lamanya di dalam syurga kerana kematian itu sudah
tiada lagi ! Dan wahai kesemua ahli neraka , tinggallah kamu semua
selama-lamanya di dalam neraka kerana kematian itu pun sudah tiada lagi !
“
Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzie : Kitab Sifat Al-Jannah
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan