Pengikut

Ahad, 14 April 2013

Bab malaikat membawa laporan pada Allah tentang solat


عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلَائِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلَائِكَةٌ بِالنَّهَارِ وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلَاةِ الْفَجْرِ وَصَلَاةِ الْعَصْرِ ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ فَيَسْأَلُهُمْ رَبُّهُمْ وَهُوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ


Dari A'raj dari Abu Hurairah bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Berganti-gantilah untuk mengamati-amati kamu semua itu para malaikat yang menjaga di waktu malam dan para malaikat yang menjaga di waktu siang. Malaikat itu yakni golongan penjaga malam dan siang sama berkumpul dan mengerjakan solat fajar yakni solat subuh dan begitu juga dalam solat Asar. Kemudian naiklah malaikat yang bermalam dengan kamu semua itu, lalu Allah bertanya kepada malaikat tadi, yakni yang baru naik, tetapi Allah sebenrnya sudah mengetahui hal ehwal seluruh hambaNya: "Bagaimanakah kamu semua diwaktu meninggalkan hamba-hambaKu yang berbakti itu? Malaikat menjawab: "Kita tinggalkan mereka di waktu mereka dalam keadaan solat dan kita mendatangi mereka, juga di waktu mereka dalam keadaan solat'.

Riwayat Bukhari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan