Pengikut

Sabtu, 13 April 2013

Bab Waktu Solat Asar



حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْأُوَيْسِيُّ قَالَ حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ 

عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّمَا بَقَاؤُكُمْ فِيمَا سَلَفَ قَبْلَكُمْ مِنْ الْأُمَمِ كَمَا بَيْنَ صَلَاةِ الْعَصْرِ إِلَى غُرُوبِ الشَّمْسِ أُوتِيَ أَهْلُ التَّوْرَاةِ التَّوْرَاةَ فَعَمِلُوا حَتَّى إِذَا انْتَصَفَ النَّهَارُ عَجَزُوا فَأُعْطُوا قِيرَاطًا قِيرَاطًا ثُمَّ أُوتِيَ أَهْلُ الْإِنْجِيلِ الْإِنْجِيلَ فَعَمِلُوا إِلَى صَلَاةِ الْعَصْرِ ثُمَّ عَجَزُوا فَأُعْطُوا قِيرَاطًا قِيرَاطًا ثُمَّ أُوتِينَا الْقُرْآنَ فَعَمِلْنَا إِلَى غُرُوبِ الشَّمْسِ فَأُعْطِينَا قِيرَاطَيْنِ قِيرَاطَيْنِ فَقَالَ أَهْلُ الْكِتَابَيْنِ أَيْ رَبَّنَا أَعْطَيْتَ هَؤُلَاءِ قِيرَاطَيْنِ قِيرَاطَيْنِ وَأَعْطَيْتَنَا قِيرَاطًا قِيرَاطًا وَنَحْنُ كُنَّا أَكْثَرَ عَمَلًا قَالَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَلْ ظَلَمْتُكُمْ مِنْ أَجْرِكُمْ مِنْ شَيْءٍ قَالُوا لَا قَالَ فَهُوَ فَضْلِي أُوتِيهِ مَنْ أَشَاءُ
Dari ibnu Syibab dari Salim bin Abdullah dari ayahnya bahawasanya ayahnya itu memberitahu kepadanya yakni Abdullah bahawa sesungguhnya ia yakin ayahnya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Masa yang masih tertinggal atau tersisa untukmu semua dibandingkan dengan masa yang sudah lampau iaitu yang sebelum kamu semua itu dari beberapa umat yang hidup dahulu adalah sebagaimana tersisa waktu antara solat asar sehingga terbenam matahari. Para ahli kitab Taurat diberi Kitab Taurat, lalu mereka mengerjakan apa-apa yang terkandung di dalamnya sehingga di waktu hari sudah ada di pertengahannya mereka tiba-tiba merasa lemah, yakni tidak kuat untuk meneruskan amalan mereka. Oleh sebab itu mereka diberi pahala seqirat seqirat. Sehabis itu para ahli diberi kitab Injil, mereka pun lalu mengerjakannya sampai senja hari di saat tibanya salat asar dan ini hanya sebagai kiasan, seterusnya mereka merasa lemah pula untuk melanjutkan amalannya. Oleh sebab itu mereka diberi pahala seqirat seqirat. Sesudah itu kita semua diberi kitab Al Quran, kemudian kita semua melaksanakannya sampai terbenamnya matahari, namu kita semua diberi pahala dua qirat dua qirat.

Para ahli kedua kitab yakni golongan yang menerima Taurat dan Injil sama berkata: Ya Tuhan kami, Engkau berikan kepada mereka itu dua qirat dua qirat dan Engkau berikan kepada kita semua seqirat seqirat saja, padahalnya kita semua itu adalah lebih banyak perihal mengamalkannya".

Baginda s.a.w. selanjutnya bersabda: "Allah Azza wa jalla lalu berfirman: "Adakah kamu semua merasa bahawa Aku telah menganiyai kamu semua itu? sekalipun sedikit dari hal memberikan pahala kepada kamu semua?" Mereka menjawabL " Tidak ". Allah kemudian berfirman lagi: "Hal yang sedemikian itu merupakan keutamaan Ku yang Kuberikan kepada sesiapa yang Kukehendaki"


Riwayat Bukhari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan