Pengikut

Isnin, 19 Mei 2014

Bab Ke-98: Solat Menghadapi tempat tidur

بَاب الصَّلَاةِ إِلَى السَّرِيرِ

(حديث مرفوع) 

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا جَرِيرٌ ، عَنْ مَنْصُورٍ ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ ، عَنِ الْأَسْوَدِ ، عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : " أَعَدَلْتُمُونَا بِالْكَلْبِ وَالْحِمَارِ ، لَقَدْ رَأَيْتُنِي مُضْطَجِعَةً عَلَى السَّرِيرِ فَيَجِيءُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَتَوَسَّطُ السَّرِيرَ فَيُصَلِّي ، فَأَكْرَهُ أَنْ أُسَنِّحَهُ ، فَأَنْسَلُّ مِنْ قِبَلِ رِجْلَيِ السَّرِيرِ حَتَّى أَنْسَلَّ مِنْ لِحَافِي " 


Dari Aswad dari 'Aisyah katanya : "Adakah kamu semua menyamakan kami yakni kaum wanita dengan anjing dan keldai. Benar-benar aku telah mengalami bahawa diriku sedang berbaring di atas tempat tidur, lalu datanglah Nabi s.a.w. kemudian berdiri ditengah-tengah tempat tidur, lalu bersolat. Aku tidak suka berada dalam keadaan melintangi beliau s.a.w. maka aku pun pergi diam-diam dari arah kaki tempat tidur sehingga akhirnya aku pun keluar dengan cara sembunyi dari balik hamparan tempat tidurju"

Riwayat Bukhari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan