عَنْ خَوْلَةَ بِنْتِ حَكِيمٍ قَالَتْ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه يَقُوْلُ: مَنْ نَزَلَ مَنْزِلاً ثُمَّ قاَلَ: “ أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ”، لَمْ يَضُرَّهُ شَئٌ حَتَّي يَرتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِـــــهِ ذَلِكَ
رواه مسلم
رواه مسلم
Dari Khaulah binti Hakim berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, barang siapa yang singgah pada suatu tempat, kemudian mengucapkan:
“ أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقْ”
tidak akan dimudharatkannya oleh sesuatu, hinggalah dia meninggalkan tempat tersebut.
Riwayat Muslim
Riwayat Muslim
Suhai (perawi hadis ini) berkata, keluarga kami belajar dan mengamalkannya setiap malam, hingga tiba suatu hari seorang anak perempuan kami disengat oleh seekor binatang, namun dia tidak merasa sakit sedikitpun.
BalasPadamBerkata alQurtubi رحمه الله : ini adalah khabar yang sahih, cerita yang benar berlandaskan dalil dan pengalaman.
Didalam riwayat yang lain (iaitu Ibnu Sunniy): Sesiapa mengucapkan أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّماَ خَلَقْ tiga kali, nescaya tidak akan dibahayakan oleh sesuatu. [Sanadnya Sahih]
BalasPadam