Pengikut

Jumaat, 27 Jun 2014

Bab Malu adalah sebahagian Iman

عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ الْبَدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم "إنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلَامِ النُّبُوَّةِ الْأُولَى: إذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْت" .

 رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.

Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah s.a.w. : "Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu."

Riwayat Bukhari

2 ulasan:

  1. Pengajaran hadis:
    Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak
    menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.
    Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat
    malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan.
    Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah.
    Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu
    mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.

    BalasPadam
  2. Pokok Perbincangan Hadith :
    1) Malu- akhlak para nabi Allah & malaikat (warisan para nabi).
    2) Makna suruhan dalam hadis :
    Suruhan sebagai tahdid (kecaman) - dibayangkan balasan dunia @ akhirat.
    Suruhan terhadap perkara yang harus - pilihan (buat/tak buat).
    Suruhan sebagai pilihan - sifat malu sebagai bentengnya.(dlm perkara maksiat).
    3) Malu terbahagi dua :
    yang boleh diusahakan - mengenal Allah - merasai muraqabah Allah.
    yang tak boleh diushakan -fitrah yang diberikan Allah kpd sesiapa yg dikehendaki(kebaikan).
    4) Malu yang dicela - yang tidak menepati syarak :malu bertanya tentang agama/ beribadat dalam keadaan jahil.

    BalasPadam