Pengikut

Khamis, 10 Mac 2016

Bab khutbah hari raya dan berderma

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ فَيَبْدَأُ بِالصَّلَاةِ فَإِذَا صَلَّى صَلَاتَهُ وَسَلَّمَ قَامَ فَأَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ وَهُمْ جُلُوسٌ فِي مُصَلَّاهُمْ فَإِنْ كَانَ لَهُ حَاجَةٌ بِبَعْثٍ ذَكَرَهُ لِلنَّاسِ أَوْ كَانَتْ لَهُ حَاجَةٌ بِغَيْرِ ذَلِكَ أَمَرَهُمْ بِهَا وَكَانَ يَقُولُ تَصَدَّقُوا تَصَدَّقُوا تَصَدَّقُوا وَكَانَ أَكْثَرَ مَنْ يَتَصَدَّقُ النِّسَاءُ ثُمَّ يَنْصَرِفُ

Dari Said al Qudri katanya : "Biasanya Rasulullah s.aw.. bersembahyang hari raya Aidil Adha atau Fitrah, beliau mendahulukan sembahyang sebelum berkhutbah dan apabila selesai sembahyang berdirilah (berkhutbah) beliau mengadap hadirin yang duduk ditempat masing-masing. Apabila ada satu kepentingan yang mendadak umpamanya operasi ketenteraan dan lain-lain disebutkan dalam khutbahnya itu. Disamping itu beliau berkata: "Bersedekahlah, bersedekahlah dan bersedekahlah (3 kali diulangi) Maka yang terbanyak berderma ialah kaum wanita kemudian barulah beliau s.a.w. bubar"

Hadis sahih riwayat Muslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan