عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةَ يَوْمَ الْعِيدِ فَبَدَأَ بِالصَّلَاةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ بِغَيْرِ أَذَانٍ وَلَا إِقَامَةٍ ثُمَّ قَامَ مُتَوَكِّئًا عَلَى بِلَالٍ فَأَمَرَ بِتَقْوَى اللَّهِ وَحَثَّ عَلَى طَاعَتِهِ وَوَعَظَ النَّاسَ وَذَكَّرَهُمْ ثُمَّ مَضَى حَتَّى أَتَى النِّسَاءَ فَوَعَظَهُنَّ وَذَكَّرَهُنَّ فَقَالَ تَصَدَّقْنَ فَإِنَّ أَكْثَرَكُنَّ حَطَبُ جَهَنَّمَ فَقَامَتْ امْرَأَةٌ مِنْ سِطَةِ النِّسَاءِ سَفْعَاءُ الْخَدَّيْنِ فَقَالَتْ لِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِأَنَّكُنَّ تُكْثِرْنَ الشَّكَاةَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ قَالَ فَجَعَلْنَ يَتَصَدَّقْنَ مِنْ حُلِيِّهِنَّ يُلْقِينَ فِي ثَوْبِ بِلَالٍ مِنْ أَقْرِطَتِهِنَّ وَخَوَاتِمِهِنَّ
Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: "Saya bersembahyang hari raya bersama-sama Rasulullah s.a.w. Dimulainya sembahyang sebelum khutbah tanpa azan dan qamat; kemudian beliau berkhutbah berpegang kepada Bilal, antaranya beliau s.a.w. menyuruh bertaqwa kepada Allah dan mentaatiNya, menasihati hadiri dan memperingatkan kepada mereka itu; setelah selesai berkhutbah beliau s.a.w. maju kedepan hingga sampai ke tempat kaum wanita dan disana beliau s.aw. menasihati dan memperingatkan kepada mereka pula, antaranya beliau s.a.w. berkata : "Hendaklah kamu bersedekah kerana sesungguhnya kebanyakkan kaum wanita akan dijadikan kayu api neraka jahanam" Mendengar itu bangun seorang wanita bertanya kerana apa demikian ya Rasulullah? Jawab baginda s.a.w. "kerana wanita mudah mengeluh dan mudah melupakan jasa suami'. Berkata Jabir r.a. : "Maka berdermalah mereka itu dari barang-barang perhiasan umpama anting-anting dan cincin dan mereka letakkan dalam baju Bilal'
Hadis sahih riwayat Muslim
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan