Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Persaudaraan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Persaudaraan. Papar semua catatan

Isnin, 9 Mei 2011

Bab menghormati yang tua

Sabda Nabi s.a.w.
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يُوَقِرْ كَبِيْرَنا وَلَمْ يَرْحَمْ صَغِيْرَنَا
Bukanlah dari golongan kami, siapa yang tidak menghormati
orang tua kami dan tiada pula mengasihani anak kecil kami

Bab kasih sayang sesama Muslim

Saba Nabi s.a.w.
مَثَلُ الْمُؤمِنِيْنَ فِى تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوًٌ مِنْهُ
تَدَاعُى سَائِرُهُ بِالْحُمُى وَالسَّهَرِ
Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling kasih sayang dan
sayang menyayangi, lakasana sebatang tubuh, bila salah satu anggotanya
mengaduh sakit, seluruh anggota yang lain sama-sama
merasa demam dan berjaga malam

Bab tidak boleh meaniayai saudaranya

Sabda Nabi s.a.w.
للمُسْلِمُ أَخُو للْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَحْرِمُهُ
وَلاَيَخْذُلُهُ بِحَسْبِ الْمَرْءِ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ
Seseorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain
tidak boleh menganiayainya atau menghalang keperluannya,
atau menghinanya. Memadailah seseorang itu dikira jahat
apabila ia menghina saudaranya Muslim yang lain

Bab hak saudara Muslim

Sabda Nabi s.a.w.
لاَ تُمَارِ اَخَاكَ وَلاَتُمَازِحُهُ وَلاَتَعِدُهُ مَوْعِدًا فَتُخْلِفَهُ
Janganlah kamu membantah saudaramu, dan janganlah bergurau senda dengannya
(berlebih-lebihan) dan bila berjanji suatu perjanjian, jangan kamu mungkiri