|
عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ
عَنِ النَّبِىِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
سَبْعَةٌ يُظِلُهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ اِلاَّ ظِلُّهُ
اَلاِمَامُ العَادِلُ وَشَابٌ نَشَاَ فِى عِبَادَةِ رَبِّهِ
وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِى الْمَسَاجِدِ وَرَجُلاَنِ
تَحَابَّا فِى اللهِ اِجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ
وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَاَةُ ذَاتَ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ
فَقَالَ اِنِّى اَخَافُ اللهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ اَخْفَى
حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ وَرَجُلٌ
ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ |
Dari Hafsah bin 'Ashim dari Abu Hurairah dari |
Nabi s.a.w. sabdanya : |
"Ada tujuh golongan yang Allah akan memberikan naungan |
kepada mereka iaitu di dalam naungan Allah sendiri, |
yakni pada hari yang tiada suatu naunganpun melainkan |
naunganNya sahaja. Tujuh golongan itu ialah imam atau pemimpin |
yang adil, pemuda yang sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya |
orang yang hatinya tergantung pada masjid, |
dua orang yang saling cinta-mencintai kerana mengharap |
keredhaan Allah semata-mata. kedua berjumpa dan berpisah kerana |
Allah. Orang lelaki yang diinginkan wanita dan mengajaknya |
membuat maksiat lalu berkata : |
"Sesungguhnya aku takut Allah" |
orang yang memberikan sedekah yang menyembunyikannya |
sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak mengetahui apa |
yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan orang yang |
mengingati Allah dalam keadaan sunyi , kemudian |
mengalir air mata dari kedua-dua matanya. |
Hadis sahih riwayat Bukhari |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan