Pengikut

Ahad, 17 April 2011

Bab banyak jalan untuk bersedakah


عَنْ أَبِي ذَرٍّ
 أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالُوا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالْأُجُورِ
 يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي
 وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَيَتَصَدَّقُونَ بِفُضُولِ أَمْوَالِهِمْ
 قَالَ أَوَ لَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ مَا تَصَّدَّقُونَ
 إِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةً
وَكُلِّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةً
وَكُلِّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةً وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ
وَنَهْيٌ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةٌ وَفِي بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ
 قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
 أَيَأتِي أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُونُ لَهُ فِيهَا أَجْرٌ
قَالَ أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِي حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ فِيهَا وِزْرٌ
فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِي الْحَلالِ كَانَ لَهُ أَجْرًا

Dari Abu Dzar r.a. (menceritakan) :
"Bahawa beberapa orang dari sahabat Nabi s.aw..
mengatakan kepada Nabi s.a.w.
"Ya Rasulullah ! orang-orang kaya (mampu)
berangkat dengan pahala yang banyak.
Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahayang,
mereka puasa sebagaimana kami puasa,
dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka".
Nabi s.a.w. menjawab :
"Bukankah Allah telah mengadakan untuk kamu
 apa yang akan kamu sedekahkan?
Bahawa membaca SubhanaAllah itu sedekah,
membaca Allahu Akbar sedekah,
membaca Alhamdulillah sedekah,
membaca 'la ilaha illallah' sedekah,
menyuruh berbuat baik sedekah,
mencegah berbuat salah sedekah
dan berkenaan dengan kemaluan salah seorang kamu (berjima'),
juga sedekah
Mereka bertanya :
"Ya Rasulullah ! apakah seseorang kami melepaskan syahwatnya
akan beroleh pahalakah dia kerananya ?"
Nabi s.a.w. menjawab :
"Adakah kamu mengetahui , kalau syahwat dilepaskan secara haram
apakah kerananya dia akan memperoleh dosa?
Begitu pula kalau dia melepaskan syahwatnya
dengan cara yang halal tentu dia akan memperoleh pahala"
Hadis sahih riwayat Muslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan