Pengikut

Khamis, 21 April 2011

Bab mengikat syaitan di tengkuk


عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
يَبْلُغُ بِهِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَعْقِدُ الشَّيْطَنُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدٍكُمْ ثَلاثَ
عُقَدٍ إِذَانَامَ بِكُلِّ عُقْدَةٍ يَضْرِبُ عَلَيْكَ لَيْلا طَوِيْلا
فَاِذَا استَيْقَظَ فَذَكَرَ اللهَ نْحَلَّتْ عُقْدَةٌ
وَاِذَا تَوَضَّا انْحَلَّتْ عَنْهُ عُقْدَتَانِ
فَاِذَا صَلَّى انْحَلَّتْ الْعُقَدُ فَأَصْبَحَ نَشِيْطًا طَيِّبَ الْنَّفْسِ
وَالا أَصْبَحَ خَبِيْثَ الْنَّفْسِ كَسْلانَ
Dari Abu Hurairah r.a katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Mengikat syaitan pada tengkuk salah seorang kamu tiga ikatan
apabila ia tidur dengan semua ikatan itu,
nescaya ia akan tidur sepanjang malam.
Maka apabila ia terbangun lalu membaca zikir,
terurailah satu ikatan,
dan apabila ia berwudhu' terurailah dua ikatan
dan apabila ia sembahyang terurailah ikatan-ikatan itu,
dan jadilah ia pada pagi itu seorang yang segar dan lapang hati
sebaliknya jika tidak zikir, berwudhu' dan solat,
ia bangun pada pagi harinya kusut dan pemalas
Hadis sahih riwayat Muslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan