Dari Abu Hurairah r.a. katanya ;
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : Apabila orang azan syaitan itu lari
sambil terkentut-kentut sampai ia tak mendengar suara azan itu;
setelah azan selesai , syaitan itu kembali pula,
dal lari lagi takala ia mendengar suara iqamat,
kemudian ia kembali lagi, dan ketika itu terlintaslah
dalam hati orang yang sembahyang berlbagai soal
kerana syaitan itu membisikan kepadanya,
ingatlah ini, ingatlah itu tentang soal-soal yang
tidak pernah diingatnya sebelum sembahyang,
sehingga orang itu ragu berapa rakaat yang telah sudah.
Sabda Rasulullah s.a.w. pula ;
"Apabila di antara kamu ragu berapa rakaa yang
telah sudah, hendaklah ia sujud dua kali sambil duduk." |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan