Dari Abdullah bin Mas'ud katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. "Saya mengetahui orang yang
terakhir keluar dari neraka dan terakhir pula masuk syurga;
iaitu seorang lelaki keluar dari api neraka sambil merangkak.
Berkata Allah taala kepadanya : "Pergilah engkau masuk syurga!"
Orang itu pun segera berjalan . Sesampai di sana, dilihatnya
seolah-olah syurga telah penuh sesak, orang itu lalu kembali
kepada Allah dan berkata : "Ya Allah! hamba dapati syura itu
telah penuh sesak, " Berkata Allah taala kepadanya : "Pergilah
masuk! Orang itu kembali lagi dan dilihatnya masih dalam
keadaan penuh, kerana itu ia kembali pula mengadap Allah
menceritakan keadaannya seperti semula. Demikianlah orang
itu pulang pergi berkali-kali antara syurga dan hadrat Allah
taala. Akhirnya berkata Allah kepadanya : "Masuklah engkau
ke dalam syurga ini! Untukmu seluas dunia dan ditambah
sepuluh kali seluas dunia ". Maka orang itu berkata : "Apakah
Tuhanku mengejek hamba? Sedang Tuhanku Raja". Kata
Abdullah : "Saya lihat Rasulullah s.a.w. tertawa sehingga nampak
gerahamnya seraya berkata : "Orang itulah yang dikatakan
penghuni syurga yang terendah darjatnya". |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan