عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَجُلًا دَخَلَ الْمَسْجِدَ يَوْمَ جُمُعَةٍ مِنْ بَابٍ كَانَ نَحْوَ دَارِ الْقَضَاءِ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَائِمٌ يَخْطُبُ فَاسْتَقْبَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَائِمًا ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلَكَتْ الْأَمْوَالُ وَانْقَطَعَتْ السُّبُلُ فَادْعُ اللَّهَ يُغِثْنَا قَالَ فَرَفَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَيْهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا قَالَ أَنَسٌ وَلَا وَاللَّهِ مَا نَرَى فِي السَّمَاءِ مِنْ سَحَابٍ وَلَا قَزَعَةٍ وَمَا بَيْنَنَا وَبَيْنَ سَلْعٍ مِنْ بَيْتٍ وَلَا دَارٍ قَالَ فَطَلَعَتْ مِنْ وَرَائِهِ سَحَابَةٌ مِثْلُ التُّرْسِ فَلَمَّا تَوَسَّطَتْ السَّمَاءَ انْتَشَرَتْ ثُمَّ أَمْطَرَتْ قَالَ فَلَا وَاللَّهِ مَا رَأَيْنَا الشَّمْسَ سَبْتًا قَالَ ثُمَّ دَخَلَ رَجُلٌ مِنْ ذَلِكَ الْبَابِ فِي الْجُمُعَةِ الْمُقْبِلَةِ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَائِمٌ يَخْطُبُ فَاسْتَقْبَلَهُ قَائِمًا فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلَكَتْ الْأَمْوَالُ وَانْقَطَعَتْ السُّبُلُ فَادْعُ اللَّهَ يُمْسِكْهَا عَنَّا قَالَ فَرَفَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَيْهِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ حَوْلَنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ فَانْقَلَعَتْ وَخَرَجْنَا نَمْشِي فِي الشَّمْسِ
Dari Anas bin Malik r.a. (menceritakan): "Bahawa da seorang lelaki masuk ke dalam masjid di hari Jumaat dari pintu yang sebelah Darul Wadla ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang berdiri membaca kutbah. Dalam keadaan berdiri Rasulullah s.a.w. memandang kepadanya. lelaki tadi berkata : "Ya Rasulullah ! Harta benda telah binasa dan jalan perhubungan terputus. Sebab itu, mohonkanlah kepada Allah supaya diturunkanNya hujan kepada kami !" Lalu Rasullah s.a.w. mengangkat kedua belah tangannya dan mendo'a :
" Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami ! Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami ! " Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami !"
Kata Anas : " Tidak ada, demi Allah ! Tiada kami melihat awan di langit dan tidak pula gumpalan-gumpalan awan, sedang antara kami dan Bukit Sal'i tidak ada yang membatasi pemandangan baikpun rumah atau perkampungan. Maka naiklah dari balik bukit itu awan tebal serupa seperti perisai. Setelah awan itu berada di pertengahan langit dia berkembang luas dan menurunkan hujan.
Tidak ada, demi Allah! Kami tidak pernah melihat matahari seminggu lamanya. Kemudian itu pada Jumaat berikutnya ,masuk pula seorang lelaki dari pintu tadi dan Rasullah s.a.w sedang berdiri mengucapkan khutbah. Rasullah s.a.w. melihat kepadanya, ketika beliau sedang berdiri.
Lalu jalan perhubungan telah terputus.
Sebab itu, doakanlah kepada Allah supaya hujan itu diberhentikanNya! " Lalu Rasullah s.a.w. mengangkat kedua belah tangannya dan berdoa : " Ya Allah! (Hujan itu) hendaknya di sekitar kami bukan di atas kami ! Ya Allah, (turunkanlah hujan) di bukit-bukit, di dataran tinggi, di lembah-lembah di tempat tumbuh kayu-kayan! " Maka berhentilah hujan dan kami keluar di panas matahari."
Hadis sahih riwayat Muslim |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan