Pengikut

Sabtu, 11 Jun 2011

Bab mengambil harta secara tidak hak


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ  جَلَسَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 عَلَى الْمِنْبَرِ وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ
فَقَالَ إِنَّ مِمَّا أَخَافُ عَلَيْكُمْ بَعْدِي مَا يُفْتَحُ عَلَيْكُمْ مِنْ زَهْرَةِ الدُّنْيَا وَزِينَتِهَا
 فَقَالَ رَجُلٌ أَوَ يَأْتِي الْخَيْرُ بِالشَّرِّ يَا رَسُولَ اللَّهِ
قَالَ فَسَكَتَ عَنْهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 فَقِيلَ لَهُ مَا شَأْنُكَ تُكَلِّمُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 وَلَا يُكَلِّمُكَ قَالَ وَرَأَيْنَا أَنَّهُ يُنْزَلُ عَلَيْهِ فَأَفَاقَ يَمْسَحُ عَنْهُ الرُّحَضَاءَ
وَقَالَ إِنَّ هَذَا السَّائِلَ وَكَأَنَّهُ حَمِدَهُ
فَقَالَ إِنَّهُ لَا يَأْتِي الْخَيْرُ بِالشَّرِّ وَإِنَّ مِمَّا يُنْبِتُ الرَّبِيعُ
 يَقْتُلُ أَوْ يُلِمُّ إِلَّا آكِلَةَ الْخَضِرِ
 فَإِنَّهَا أَكَلَتْ حَتَّى إِذَا امْتَلَأَتْ خَاصِرَتَاهَا اسْتَقْبَلَتْ عَيْنَ الشَّمْسِ فَثَلَطَتْ وَبَالَتْ
ثُمَّ رَتَعَتْ وَإِنَّ هَذَا الْمَالَ خَضِرٌ حُلْوٌ وَنِعْمَ صَاحِبُ الْمُسْلِمِ هُوَ لِمَنْ أَعْطَى مِنْهُ الْمِسْكِينَ
 وَالْيَتِيمَ وَابْنَ السَّبِيلَ أَوْ كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 وَإِنَّهُ مَنْ يَأْخُذُهُ بِغَيْرِ حَقِّهِ كَانَ كَالَّذِي يَأْكُلُ
 وَلَا يَشْبَعُ وَيَكُونُ عَلَيْهِ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dari Abu Said Al Khudri r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. duduk di atas mimbar dan kami duduk disekeliling beliau
Nabi s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya di antara yang aku cemaskan bahayanya kepada kamu
dibelakangku (selepasku) ialah bunga dunia dan perhiasannya yang
dibukakan kepada kamu"
Seorang lelaki bertanya :
"Adakah yang baik bisa menimbulkan yang buruk, ya Rasulullah!"
Rasulullah s.a.w. terdiam (belum menjawab).
Ada orang mengatakan kepada lelaki itu :
"Bagaimana keadaanmu menanyakan kepada Rasulullah s.a.w.
dan beliau tidak menjawab? " Menurut pengelihatan kami bahawa
kepada beliau diturunkan wahyu lalu beliau sadar dan menyapu keringatnya.
Beliau bersabda :
"Sesungguhnya orang yang bertanya tadi....(seolah-olah beliau s.a.w memuji
orang itu ) dan mengatakan :
"Sesungguhnya orang yang baik itu tidak menimbulkan yang buruk.
Sesungguhnya sebahagian yang ditumbuhkan musim hujan ada yang membunuh (merusak)
selain dari memakan sayur-sayuran (rumput rumput)
kerana yang memakan rumput-rumput itu setelah penuh perutnya
menghadap ke matahari (berhenti makan) lalu keluar air liurnya
dan mengeluarkan kencing, kemudian baru kembali makan kepada rumput
Sesungguhnya hari ini menghijau biru (sedap dipandang mata)
dan manis (sedap rasanya). Harta yang menjadi kawan orang Muslim itu
amat baik untuk orang yang suka memberikannya kepada orang miskin,
anak piatu dan orang yang (terlantar) dalam perjalanan. Atau sebagaimana
yang disabdakan Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya sesiapa yang mengambil harta itu tidak menurut haknya
(cara yang halal) dia serupa dengan orang yang makan dan tidak mau kenyang
(tidak pernah cukup) Sedang harta itu menjadi saksi
(menyalahkannya ) di hari kiamat".
Hadis sahih riwayat Muslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan