Pengikut

Ahad, 10 Julai 2011

Bab bila berpuasa dan bila berbuka

قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَيْتُمْ الْهِلَالَ فَصُومُوا وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا
Bersabda Nabi s.a.w. : "Jikalau kamu sudah melihat bulan sabit (1 Ramadhan)
maka berpuasalah dan jikalau kamu sudah melihat bulan sabit (1 syawal)
berbukalah , maka jangan kamu berpuasa lagi,
itu adalah hari Aidil Fitri.
 
 
عَنْ مَالِكٌ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 ذَكَرَ رَمَضَانَ فَقَالَ لَا تَصُومُوا حَتَّى تَرَوْا الْهِلَالَ وَلَا تُفْطِرُوا
حَتَّى تَرَوْهُ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَاقْدُرُوا لَهُ
Dari Malik dari Nafi' dari Abdullah bin Umar r.a.
bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyebut-nyebutkan bulan Ramadhan
kemudian bersabda : "Janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihat
bulan sabit dan janganlah kamu semua berbuka sehingga kamu melihat
bulan sabit pula.Jikalau tertutup oleh awan sehingga kamu semua tidak
dapat melihatnya, maka perkirakanlah.
Hadis sahih riwayat Bukhari

1 ulasan:

  1. Shilah berkata mengenai apa yang diterima dari 'Ammar bin Yasir, iaitu barang siapa yang berpuasa pada hari syak, maka betul-betul ia bermaksiat yakni melanggar ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

    BalasPadam