Pengikut

Sabtu, 9 Julai 2011

Bab lebih dermawan dalam bulan Ramadhan

عَنْ إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّه
ِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
 قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ
وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ
حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
Dari  Ibrahim bin Saad katanya : "Kami diberitahu oleh Ibnu Syihab dari Ubaidullah
bin 'Utbah bahawasanya Ibnu Abbas r.a. berkata :
"Nabi s.a.w. itu adalah sedermawan umat manusia dalam memberikan kebaikan -
seperti bantuan, sokongan dan lain-lain, namun lebih-lebih lagi kedermawannya
dalam bulan Ramadhan apabila ditemui oleh Jibril a.s. Jibril menemui Nabi s.a.w.
pada setiap malam dalam bulan Ramadhan sehingga habis bulan Ramadhan
Kepentingannya menemui Nabi s.a.w. ialah untuk menyampaikan Al Quran
- sebahagian atau  yang pokoknya - Apabila telah ditemui Jibril a.s.
maka keadaan beliau lebih dermawan untuk memberikan kebaikan
laju daripada angin yang berhembus kencang.
Hadis sahih riwayat Bukhari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan