Pengikut

Ahad, 3 Julai 2011

Bab wajib mengerjakan haji

Firman Allah Taala :
 وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْ الْعَالَمِينَ
DanAllah mewajibkan atas seluruh manusia menyegaja rumah suci yakni mengerjakan haji
iaitu untuk oang yang kuasa mengadakan perjalanan ke tempat itu.
Barang siapa yang kafir atau tidak beriman, maka sesungguhnya
Allah adalah Maha Kaya yakni tidak memerlukan pada seluruh alam semesta
 عَنْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ
عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
 كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 فَجَاءَتْ امْرَأَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا
 وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ
فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ فَرِيضَةَ اللَّهِ عَلَى عِبَادِهِ
فِي الْحَجِّ أَدْرَكَتْ أَبِي شَيْخًا كَبِيرًا
 لَا يَثْبُتُ عَلَى الرَّاحِلَةِ أَفَأَحُجُّ عَنْهُ
قَالَ نَعَمْ وَذَلِكَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ
Dari Abdullah bin Abbas r.a. katanya :
"al Fadlal pada suatu ketika membonceng atau duduk di belakang Rasulullah s.a.w.
iaitu atas unta beliau s.a.w. dan berada di belakangnya . Kemudian datanglah seorang perempuan
dari Khats'am. Al Fadlal melihat kepaanya dan perempuan itu melihat kepada Al Fadlal
Nabi s.a.w. memalingkan muka Al Fadlal ke sebelah lain supaya tidak terus melihat
perempuan itu. Perempuan itu terus berkata :
"Ya Rasulullah, sesungguhnya difardhukan haji oleh Allah kepada sekelian hambaNya itu
bertepatan dengan ketika ayahku yang saat itu beliau telah tua dan tidak dapat lagi
menaiki kenderaannya yakni tidak kuat menunggang kenderaan. Maka dari itu apakah
aku boleh mengerjakan haji untuknya yakni pahalanya ayahku yang menerima
dan aku yang mengerjakan?" Beliau s.a.w. menjawab : "Ya, boleh saja"
Peristiwa sebagaimana di atas itu terjadi dalam haji wada', yakni haji
yang terakhir sekali dilakukan oleh Nabi s.a.w.
Hadis riwayat Bukhari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan