Pengikut

Jumaat, 30 Mei 2014

Bab Apakah boleh menoleh kerana ada sesuatu perkara yang datang atau sebab melihat sesuatu

 وَقَالَ سَهْلٌ الْتَفَتَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَرَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ رَأَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُخَامَةً فِي قِبْلَةِ الْمَسْجِدِ وَهُوَ يُصَلِّي بَيْنَ يَدَيْ النَّاسِ فَحَتَّهَا ثُمَّ قَالَ حِينَ انْصَرَفَ إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا كَانَ فِي الصَّلَاةِ فَإِنَّ اللَّهَ قِبَلَ وَجْهِهِ فَلَا يَتَنَخَّمَنَّ أَحَدٌ قِبَلَ وَجْهِهِ فِي الصَّلَاةِ 
Dalam suatu hadith diriwayatkan bahawa Abu Bakar r.a. pernah menoleh lalu melihat Nabi s.a.w.

Dari Nafi' dari Ibnu Umar bahawasanya ada suatu kejadian, iaitu Nabi s.a.w. melihat ada ingus di arah kiblat dan pada waktu beliau s.a.w. sedang solat didepan orang banyak. Beliau s.a.w. lalu menggaru-garunya yakni sampai hilang bekas ingus tadi. Selanjutnya setelah beliau s.a.w. selesai dari solatnya terus bersabda: "Sesungguhnya seseorang dari kamu semua itu apabila dalam mengerjakan solat, maka Allah itu sebenarnya ada dihadapan wajahnya. Oleh sebeb itu janganlah sekali-kali seseorang yang beringus lalu dibuang dimuka wajahnya diwaktu bersolat itu".

Riwayat Bukhari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan