Pengikut

Jumaat, 20 Jun 2014

Bab Bilangan golongan yang masuk syurga tanpa hisab

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : " يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِي زُمْرَةٌ هِيَ سَبْعُونَ أَلْفًا , تُضِيءُ وُجُوهَهُمْ إِضَاءَةَ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ . فَقَامَ عُكَّاشَةُ بْنُ مِحْصَنٍ الأَسَدِيُّ يَرْفَعُ نَمِرَةٌ عَلَيْهِ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ . فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ مِنْهُمْ . ثُمَّ قَامَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ . فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَبَقَكَ بِهَا عُكَّاشَةُ .

رَوَاهُ مُسْلِمٌ

 Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda katanya: "Akan masuk syurga dari ummatku suatu rombongan besar, mereka itu berjumlah tujuh puluh ribu orang, masing-masing dengan wajah gilang-gemilang sebagai bulan pumama raya." Kata Abu Hurairah r.a. : "Ketika itu bangunlah Ukkasyah bin Mihshan sambil mengangkatkan selendangnya seraya berkata: "Hai Rasulullah! Do'akanlah saya agar termasuk bilangan itu!". Maka berdo'alah Rasulullah s.a.w. agar Ukkasyah ini termasuk bilangan itu. Kemudian.bangun pula seorang dari sahabat Anshar dan minta kepada Rasulullah s.a.w. agar beliau mendo'akannya sebagai do'a Rasulullah s.a.w. kepada Ukkasjah. Maka berkata Rasulullah s.a.w. : "Engkau telah didahului oleh Ukkasjah )". 


Riwayat Muslim 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan