Pengikut

Sabtu, 5 Julai 2014

Bab kepetingan menjaga kemaslahatan umum

سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَثَلُ الْقَائِمِ عَلَى حُدُودِ اللَّهِ وَالْوَاقِعِ فِيهَا ، كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلَاهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا ، فَكَانَ الَّذِينَ فِي أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوْا مِنَ الْمَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقَهُمْ ، فَقَالُوا : لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا فِي نَصِيبِنَا خَرْقًا وَلَمْ نُؤْذِ مَنْ فَوْقَنَا ، فَإِنْ يَتْرُكُوهُمْ وَمَا أَرَادُوا هَلَكُوا جَمِيعًا ، وَإِنْ أَخَذُوا عَلَى أَيْدِيهِمْ نَجَوْا وَنَجَوْا جَمِيعًا " .

Telah mendengar Nu'man r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda: "Bandingan orang yang tegak lurus di atas landasan syariat dengan orang yang melanggarnya, saling tak tumpah seperti suatu kumpulan yang sama-sama memberi saham di dalam membeli/menaiki sebuah bahtera. Satu golongan mendapat dibahagian bawah dan satu golongan lagi mendapat dibahagian atas. Kumpulan yang berada dibahagian bawah apabila menghendaki air terpaksa menaiki tingkat atas dan menyusahkan kawan-kawan mereka. Lalu mereka berfikir sekiranya bahagian mereka disebelah bawah ditembuskan senanglah mereka mendapat air (tidak payah naik ketingkat atas lagi) kalau sekiranya kehendak mereka dibiarkan terlaksana nanti semua mereka akan mati, tetapi sebaliknya kalau kehendak mereka itu disekat semua orang akan selamat."


Riwayat Bukari

1 ulasan:

  1. Imam Qurtubi berkata siksaan akan dikenakan kepada seluruh masyarakat kerana kesalahan beberapa orang. Dan apabila maksiat dibiarkan dan tidak bertindak, kerusakan akan kembali kepada mereka semua. Kerana itu bagi orang-orang yang beriman wajiblah mengingkari kemaksiatan itu dengan hati dan meninggalkan tempat maksiat itu

    Tafsir al Qurtubi jilid VII halaman 392

    BalasPadam