Pengikut

Jumaat, 16 Mac 2012

Bab bertanya dan memberi fatwa ketika melontar jumrah

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 عِنْدَ الْجَمْرَةِ وَهُوَ يُسْأَلُ فَقَالَ رَجُلٌ
يَا رَسُولَ اللَّهِ نَحَرْتُ قَبْلَ أَنْ أَرْمِيَ
قَالَ ارْمِ وَلَا حَرَجَ قَالَ آخَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ حَلَقْتُ قَبْلَ أَنْ أَنْحَرَ
قَالَ انْحَرْ وَلَا حَرَجَ فَمَا سُئِلَ عَنْ شَيْءٍ قُدِّمَ وَلَا أُخِّرَ إِلَّا قَالَ افْعَلْ وَلَا حَرَجَ
Dari Abdullah bin 'Amr  r.a. katanya: "Aku melihat Nabi s.a.w. sedang berada
disisi jumran dan ditanya oleh beberapa orang sahabatnya. Ada seorang lelaku yang
berkata : "Ya, Rasulullah, aku telah menyembelih sebelum melontar"
Beliau s.a.w. bersabda : "Lontarlah dan tidak ada halangannya"
Orang lain lagi berkata : "Ya Rasulullah, aku telah mencukur rambut sebelum
aku menyembelih". Beliau s.a.w. bersabda : "Sembelihlah dan tidak ada
halangannya. Tidak suatu pertanyaanpun yang diajukan kepada beliau s.a.w.
baik yang dilakukan dengan cara didahulukan atau diakhirkan, melainkan
beliau s.a.w. tentu mengatakan : "Lakukanlah dan tidak ada halangannya"
Hadis sahih riwayat Bukhari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan