Pengikut

Jumaat, 16 Mac 2012

Bab ilmu manusia itu hanya sedikit

عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَا أَنَا أَمْشِي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 فِي خَرِبِ الْمَدِينَةِ وَهُوَ يَتَوَكَّأُ عَلَى عَسِيبٍ مَعَهُ فَمَرَّ بِنَفَرٍ مِنْ الْيَهُودِ
فَقَالَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ سَلُوهُ عَنْ الرُّوحِ
وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا تَسْأَلُوهُ لَا يَجِيءُ فِيهِ بِشَيْءٍ تَكْرَهُونَهُ
فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَنَسْأَلَنَّهُ فَقَامَ رَجُلٌ مِنْهُمْ
فَقَالَ يَا أَبَا الْقَاسِمِ مَا الرُّوحُ فَسَكَتَ فَقُلْتُ إِنَّهُ يُوحَى إِلَيْهِ
 فَقُمْتُ فَلَمَّا انْجَلَى عَنْهُ قَالَ وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ الرُّوحِ
قُلْ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتُوا مِنْ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Dari Al Qamah dari Abdullah r.a. katanya :
"Pada suatu ketika aku sedang berjalan bersama Nabi s.a.w.
melalui tempat runtuhan di Madihan dan beliau s.a.w. bersandar
pada tongkat dari pelepah tamar, kemudian lalu (melewati) sekelompok
kaum yahudi. Sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain
"Tanyakanlah sesuatu kepadanya, iaitu perihal roh"
Sebahagian yang lain berkata : "Ah jangan bertanya apa-apa
kepadanya sebab ia tidak datang ke sini dengan membawa
sesuatu yang kamu semua menjadi benci kerananya"
Sebahagian lain pula berkata : "Cobalah tanya, sungguh-sungguh,
ini harus kau lakukan". Selanjutnya  berdiri seorang lelaki itu lalu berkata:
"hai Abulqassim ertinya Bapak Qasim, sebab beliau s.a.w. mempunyai
anak lelaki bernama Al Qasim apakah roh itu"
Beliau s.a.w. lalu berdiam.
Aku yakin Abdullah berkata bahawa beliau s.a.w.. tentu sedang
diberi wahyu, maka aku pun berdirilah. Setelah jelas adanya wahyu itu,
kemudian beliau s.a.w. bersabda: membacakan isi wahyu yang
baru diterima: Ertinya :
"Orang-orang itu sama menanyakan kepadamu perihal roh.
Katakanlah : "Roh itu adalah termasuk urusan Tuhanku dan
tidaklah kamu semua diberi ilmu pengetahuan itu
melainkan hanya sedikit saja"
Hadis sahih riwayat Bukhari
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan