Pengikut

Jumaat, 16 Mac 2012

Bab yang bertanya berdiri

عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْقِتَالُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
 فَإِنَّ أَحَدَنَا يُقَاتِلُ غَضَبًا وَيُقَاتِلُ حَمِيَّةً فَرَفَعَ إِلَيْهِ رَأْسَهُ
 قَالَ وَمَا رَفَعَ إِلَيْهِ رَأْسَهُ إِلَّا أَنَّهُ كَانَ قَائِمًا
 فَقَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
Dari Abu Musa r.a. katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w.
lalu berkata " "Ya Rasulullah, apakah pengertian berperang fi sabilillah
yakni pada jalan Allah itu? Sebab ada orang di antara kita semua ini
yang berpeang dengan tujuan melindungi harga diri atau prestasi bangsa dan lain-lain
Beliau s.a.w. kemudian bersabda sambil mengangkat kepalanya
dan tentunya beliau s.a.w. itu tidak perlu mengangkat kepala, melainkan
orang yang bertanya itu berdiri sedang beliau s.a.w. sedang duduk.
demikianlah kata Abu Musa.
Sabda beliau s.a.w. itu ialah :
"Barang siapa yang berperang dengan tujuan agar kalimat Allah
itu menjadi kalimat yang tertinggi dan kalimat yang dimaksudkan itu
ialah agama, maka orang yang berperang itu adalah berperang
fi sabilillah azawajalan
Hadis sahih riwayat Bukhari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan