Pengikut

Selasa, 6 Mei 2014

Bab Masjid Yang Ada di jalan tanpa menyebabkan kesulitan atau bahaya untuk orang banyak

باب المسجد يكون في الطريق

 من غير ضرر بالناس وبه قال الحسن وأيوب ومالك

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا اللَّيْثُ ، عَنْ عُقَيْلٍ ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ ، أَنَّ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَتْ : " لَمْ أَعْقِلْ أَبَوَيَّ إِلَّا وَهُمَا يَدِينَانِ الدِّينَ ، وَلَمْ يَمُرَّ عَلَيْنَا يَوْمٌ إِلَّا يَأْتِينَا فِيهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَرَفَيِ النَّهَارِ بُكْرَةً وَعَشِيَّةً ، ثُمَّ بَدَا لِأَبِي بَكْرٍ فَابْتَنَى مَسْجِدًا بِفِنَاءِ دَارِهِ ، فَكَانَ يُصَلِّي فِيهِ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ ، فَيَقِفُ عَلَيْهِ نِسَاءُ الْمُشْرِكِينَ وَأَبْنَاؤُهُمْ يَعْجَبُونَ مِنْهُ وَيَنْظُرُونَ إِلَيْهِ ، وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ رَجُلًا بَكَّاءً لَا يَمْلِكُ عَيْنَيْهِ إِذَا قَرَأَ الْقُرْآنَ ، فَأَفْزَعَ ذَلِكَ أَشْرَافَ قُرَيْشٍ مِنَ الْمُشْرِكِينَ "
Dari Ibnu Syihab, katanya : "Urwah bin Zubair memberitahukan kepadaku
bahawasanya 'Aisyah, isteri Nabi s.a.w. berkata : "Aku kurang mengerti
perihal kedua orang tuaku, melainkan keduanya itu memeluk agama Islam
ini dengan baik dan tidak pernah berlalu seharipun, kecuali pada hari itu
Rasulullah mendatangi kita semua iaitu di waktu penghujung hari, yakni
waktu pagi dan petang hari. Selanjutnya Abu Bakar mempunyai pemikiran
mendirikan masjid di halaman rumahnya. Ia bersembahyang di situ dan membaca
Al Quran. Kaum perempuan dari golongan orang-orang musyrik dan juga
anak-anaknya sama berhenti sebab merasa heran mengenai apa yang
dilakukan oleh Abu Bakar itu dan mereka sama melihat kepadanya
secara terus-menerus. Abu Bakar itu lelaki yang mudah menangis
tidak dapat menahan kedua matanya jikalau sedang membaca Al Quran.
Oleh sebab itu hal sedemikian tadi sangat mengejutkan kaum bangsawan Quraisy
dari golongan mereka yang termasuk orang-orang musyrik."

Riwayat Bukhari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan