Pengikut

Akhlaq

Akhlaq dari kacamata barat - Akhlak dalam tradisi ilmu Barat dikenali dengan istilah etika dan moral. Dari segi etimologi, istilah etika dan moral mem-punyai makna yang hampir sama iaitu merujuk kepada tabiat, adat kebiasaan, susila, niat, sikap, pandangan hidup, maruah, agama dan disposisi seseorang (Peter Baelz 1977:2). Manakala dari sudut pengertian teknikal, etika atau moral merujuk kepada disiplin ilmu yang mengkaji berbagai-bagai isu tentang perbuatan dan tingkah laku manusia

Akhlaq dari perspektif Islam - Dalam Islam, etika dan moral, sekalipun banyak berbeza terutama dari segi sumber rujukan, dipanggil akhlaq. Akhlaq adalah istilah yang diperkenal dan diguna pakai oleh orang Islam bersumberkan al-Quran dan al-hadith. Kedua-dua sumber autoritatif tersebut telah menggariskan pelbagai prinsip akhlaq untuk panduan umat manusia. Manakala Rasulullah s.a.w pula merupakan model dan contoh ikutan akhlak terbaik kepada manusia, khususnya kepada orang Islam sendiri. Baginda sendiri telah merealisasikan prinsip-prinsip akhlak al-Quran dalam pelbagai bidang dan realiti kehidupan bermasyarakat sebagaimana tercatat secara autentik dalam al-Sunnah. Dalam al-Quran (68:4), Allah sendiri mengiktiraf keung-gulan akhlak yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w melalui firman-Nya yang bermaksud: Dan sesunggulmya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung. Manakala dalam ayat yang lain pula Allah berfirman yang antara lain difahami: Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w itu mempunyai teladan (ikutan) yang baik bagi kamu semua (al-Quran, 33:21). Bahkan Rasulullah s.a.w sendiri menegaskan dalam sebuah hadith bahawa matlamat utama pengutusan beliau adalah untuk mereformasi dimensi akhlaq manusia. "Sesungguhnya aku dibangkit untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia"

Akhlaq dari segi bahasa - Berasal dari perkataan arab dan merupakan jamak dari perkataan 'khuluq'

Hadith-hadith Bab Akhlaq
  1. bab-berwudhu-semula-sebelum-berjimak.
  2. bab-dua-golongan-isi-neraka.
  3. bab-kutukan-ke-atas-isteri-yang-enggan.
  4. bab-larangan-dedah-rahsia-rumah-tangga.
  5. bab-isteri-yang-menjauhi-suami.
  6. bab-wanita-yang-diceraikan-keluar.
  7. bab-mendidik-wanita-dengan-hikmah.
  8. bab-tiada-larangan-wanita-berjamaah-ke masjid
  9. bab-berkabung-kematian-suami.
  10. bab-wanita-yang-solehah.
  11. bab-dosa-dosa-besar.
  12. bab-syaitan-tidur-dalam-lubang-hidung.
  13. bab-syaitan-menangis-kerana-enggan-sujud.  
  14. bab-mengikat-syaitan-di-tengkuk.
  15. bab-syaitan-kencing-di-telinga-manusia.  
  16. bab-syaitan-lari-mendengar-azan.
  17. bab-berbuat-baik-dengan-ibu-berlainan.  
  18. bab-menjaga-lidah-dan-tangan. 
  19. bab-amal-selepas-mati 
  20. bab-memberi-nama-yang-baik. 
  21. bab-harta-dunia. 
  22. bab-harta-tidak-mengikut-jenazah.
  23. bab-kaya-jiwa.
  24. bab-ketamakan-manusia-dengan-harta.   
  25. bab-berbaring-di-masjid.
  26. bab-minuman-yang-dihinggapi-lalat.  
  27. bab-berlaku-adil-dalam-pemberian. 
  28. bab-mensyukuri-nikmat-kehidupan-yang ada
  29. bab-mandi-telanjang.