|
| عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِاللهِ قَالَ قَالَ |
| رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم |
| مَا مِن صَاحِبِ مَالٍ لا يُؤَدِّى زَكَاتَهُ اِلا تَحَوَّلَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ |
| شُجَاعًا أَقْرَعَ يَتْبَعُ صَاحِبَهُ حَيْثُمَا ذَهَبَ وَهُوَ يَفِرُّمِنْهُ |
| وَيُقَالَ هذَا مَالُكَ الَّذِى كُنْتَ تَبْخَلُ بِهِ فَإِذَارَأىَ |
| أَنَّهُ لا بُدَّمِنْهُ اَدْخَلَ يَدَهُ فِى فِيْهِ |
| فَجَعَلَ يَقْضَمُهَا لَمَا يَقْضَمُ الْفَحْلُ |
| Dari Jabir bin Abdillah r.a. katanya |
| Rasulullah s.a.w. bersabda : |
| "Setiap orang yang mempunyai kekayaan dan tidak membayar zakatnya |
| nanti di hari kiamat kekayaannya menjadi seekor ular besar yang berbisa |
| Ular tadi mengikut orang empunya kekayaan itu kemana dia pergi |
| sedang orang itu melarikan diri daripadanya. |
| Lalu dikatakan kepadanya : |
| Inilah hartamu yang kamu sangat bakhil (mengeluarkan zakat) |
| Setelah orang itu mengetahui bahawa dia tidak dapat melarikan dirinya |
| lalu dimasukkan tangannya ke dalam mulut ular itu. |
| Digigit orang itu seperti unta jantan yang menggigit." |
| Hadis sahih riwayat Muslim |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan