Dari Yahya bin Abdullah Shaifi dari Abu Ma'bad dari Ibnu Abbas r.a.
bahawasanya Nabi s.a.w. mengutus Mu'adz r.a. ke Yaman yakni
sebagai gabenur di negeri itu disamping menyebar luaskan agama Islam
lalu beliau s.a.w. bersabda :
"Ajaklah mereka itu (yakni seluruh penduduk Yaman) untuk bersyahadah
yakni bersaksi bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan Melainkan Allah
dan sesungguhnya aku (Muhammad) adalah utusan Allah
Jikalu mereka suka mengikuti perintahMu, maka beritahulah kepada
mereka bahawa sesungguhnya Allah telah mewajibkan atas mereka
mengeluarkan sedekah dari sebahagian harta yang mereka miliki
yang dinamakan zakat wajib yang diambil dari golongan mereka yang
kaya raya, kemudian kepada golongan kaum muslimin yang fakir-fakir"
Hadis sahih riwayat Bukhari |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan