Pengikut

Ahad, 24 April 2011

Bab memejamkan mata orang baru meninggal

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ
 دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرُهُ فَأَغْمَضَهُ
 ثُمَّ قَالَ إِنَّ الرُّوحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ فَضَجَّ نَاسٌ مِنْ أَهْلِهِ
 فَقَالَ لاَ تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلاّ بِخَيْرٍ
 فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ
ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ
 وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
 وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيه
ِ
Dari Ummu Salamah r.a. katanya :
"Masuk Rasulullah s.a.w. ke rumah Abu Salamah ( ketika dia baru meninggal)
pemandangannya melihat ke atas, lalu mata Abu Salamah dipejamkan oleh beliau (s.a.w.)
Kemuduan itu beliau (s.a.w.) bersabda :
"Sesungguhnya apabila jiwa itu di ambil, pemandangan mengikutnya ."
Beberapa orang dari keluarga Abu Salamah mereung, lalu beliau (s.a.w.) bersabda
"Janganlah kamu mendoakan dirimu (saudaramu), melainkan permintaan yang baik
kerana malaikat mengaminkan doa kamu!".
Kemudian beliau (s.a.w.) berdoa :
"Ya Allah ampunilah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya
dalam golongan orang-orang yang diberi petunjuk dan gantikanlah
untuk turunannya yang tinggal!
Ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosanya,
Wahai Tuhan seluruh alam!
Lapangkanlah kuburnya dan berilah cahaya terang di dalamnya!."
Hadis sahih riwayat Muslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan