Pengikut

Ahad, 24 April 2011

Bab Nabi s.a.w. meneteskan air mata

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ
  قَالَ  كُنَّا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 فَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ إِحْدَى بَنَاتِهِ تَدْعُوهُ وَتُخْبِرُهُ أَنَّ صَبِيًّا لَهَا
أَوْ ابْنًا لَهَا فِي الْمَوْتِ فَقَالَ لِلرَّسُولِ ارْجِعْ إِلَيْهَا فَأَخْبِرْهَا
أَنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلُّ شَيْءٍ
عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى فَمُرْهَا فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ فَعَادَ الرَّسُولُ
 فَقَالَ إِنَّهَا قَدْ أَقْسَمَتْ لَتَأْتِيَنَّهَا
قَالَ فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 وَقَامَ مَعَهُ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ
وَمُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ
وَانْطَلَقْتُ مَعَهُمْ فَرُفِعَ إِلَيْهِ الصَّبِيُّ
وَنَفْسُهُ تَقَعْقَعُ كَأَنَّهَا فِي شَنَّةٍ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
 فَقَالَ لَهُ سَعْدٌ مَا هَذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ
قَالَ هَذِهِ رَحْمَةٌ جَعَلَهَا اللَّهُ فِي قُلُوبِ عِبَادِهِ
وَإِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ
Dari Usamah bi Zaid r.a. katanya :
"Pernah kami berada dekat Nabi s.a.w. lalu seorang puteri beliau
menyampaikan pesan, meminta kedatangan Nabi s.a.w.dan memberitakan
bahawa seorang kanak-kanak (putera) atau puteranya hampir meninggal.
Kepada utusan (yang menyampaikan berita itu) Nabi s.a.w mengatakan
"Kembalilah kepadanya dan ceitakanlah, bahwa apa yang diambil Allah
adalah kepunyaanNya. Segala sesuatu disisi Allah menurut waktu
yang ditentukan. Sebab itu suruhlah dia supaya bersabar dan rela
Kemudian utusan itu datang kembali dan mengatakan :
"bahawa dia sangat mengharapkan supaya engkau datang!"
Lalu Nabi .s.a.w. berdiri (berangkat) dan ikut bersama beliau
Saad bin Ubaidah dan Muaz bin Jabal. Saya berjalan bersama mereka.
Kanak-kanak itu diserahkan ke pangkuan Nabi s.a.w.
sedang nafasnya turun naik dan tercungap-cungap.
Maka meneteslah air mata beliau (s.a.w.) kerana itu Saad berkata :
"Apakah ini , ya Rasulullah ?" Beliau (s.a.w.) menjawab :
"Inilah perasaan kasih sayang yang diadakan Allah dalam hati
hambanya, yang disayangi Allah di antara hamba-hambanya hanyalah
orang yang mempunyai perasaan kasih sayang."
Hadis sahih riwayat Muslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan