Pengikut

Ahad, 24 April 2011

Bab Sabar ketika pukulan pertama

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
 أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 أَتَى عَلَى امْرَأَةٍ تَبْكِي عَلَى صَبِيٍّ لَهَا
 فَقَالَ لَهَا اتَّقِي اللَّهَ وَاصْبِرِي
 فَقَالَتْ وَمَا تُبَالِي بِمُصِيبَتِي
فَلَمَّا ذَهَبَ قِيلَ لَهَا
 إِنَّهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 فَأَخَذَهَا مِثْلُ الْمَوْتِ
 فَأَتَتْ بَابَهُ فَلَمْ تَجِدْ عَلَى بَابِهِ بَوَّابِينَ
فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَعْرِفْكَ
فَقَالَ إِنَّمَا الصَّبْرُ عِنْدَ أَوَّلِ صَدْمَةٍ
أَوْ قَالَ عِنْدَ أَوَّلِ الصَّدْمَةِ
Dari Anas bin Malik r.a. (menceritakan )
"Bahawa Rasulullah s.a.w. telah datang kepada seorang perempuan yang
sedang menangis kerana (kematian) anaknya dan mengatakan kepadanya :
"Bertaqwalah kepada Allah dan besabarlah!"
Perempuan itu menjawab : "Engkau tidak merasai cobaan yang menimpa saya."
Setelah Nabi s.a.w. berangkat, dikatakan orang kepada perempuan itu,
bahawa orang tadi ialah Rasulullah s.a.w.
Kerana (mendengar) itu , perempuan tadi setengah mati (kerana ketakutan)
lalu perempuan itu datang ke muka pintu rumah Nabi s.aw.
dan tidak diperolehinya mempunyai pengawal.
Dia mengatakan: "Ya Rasulullah ! saya tidak kenal engkau"
Lalu beliau (s.a.w.) mengucapkan :
"Kesabaran (yang sesungguhnya) ialah ketika pukulan yang pertama".
Hadis sahih riwayat Muslim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan